Monday

Refleksi Minggu 7 : Analisis Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini kembali lagi ke kuliah seperti biasa setelah bercuti selama seminggu. Cuti yang panjang tetapi terasa singkat. hehehe. Minggu ini kami belajar tentang Analisis kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran. Apa yang dimaksudkan dengan kurikulum? Lets seeee.





Image result for analisis kurikulum



sumber : Internet





Kurikulum adalah satu rancangan pendidikan yang mana ia sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan pendidikan seantero dunia. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan Kebangsaan yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan khususnya.

Menurut Kamaruddin Haji Hussin, (1994), beliau menyatakan bahawa Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara

Melalui pembacaan saya berkaitan dengan kurikulum, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi Pembentukan, perkembangan dan perubahan kurikulum. Antaranya ialah :
  • Falsafah pendidikan
  • Faktor Politik
  • Faktor pembangunan negara dan Perkembangan dunia
  • Faktur perubahan sosial
  • Faktor Perancangan dan pelaksana kurikulum
  • Faktor Murid, Kehendak dan keperluan masyarakat
  • Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya.
  • Pengaruh psikologi pendidikan

terima kasiihhh =)


No comments:

Post a Comment