Wednesday

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

sumber : Internet



Apa Yang Dimaksudkan dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)?

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.  Burden dan Byrd (1999) menyatakan bahawa perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar. Manakala menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.

Apa Tujuan RPH dibangunkan?
Antar tujuan rancangan pengajaran harian dibangunkan adalah untuk  menjamin pencapaian objektif terlaksana secara keseluruhannya dan juga untuk meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Terdapat beberapa sumber yang saya kenalpasti daripada internet bagi membantu kita untuk lebih memahami tentang Rancangan Pengajaran Harian ini. 

1. https://www.education.com/lesson-plans/
2. https://www.teachervision.com/lesson-plans
3. https://cte.smu.edu.sg/approach-teaching/integrated-design/lesson-planning


No comments:

Post a Comment