Wednesday

Refleksi Minggu 9: Pedadogi Dan Pembelajaran Masa Kini

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ini kami telah mempelajari tentang pedagogi dan pembelajaran masa kini. Mari sama-sama kita lihat dan fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan pedagogi dan pembelajaran masa kini.  

 PEDAGOGI

Image result for pedagogi
sumber : Internet

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Manakala, Pembelajaran masa kini merangkumi 2 aspek iaitu Pembelajaran aktif dan pembelajaran interaktif.


PEMBELAJARAN AKTIF 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAfHhRMtQZh7s0_htz60GZ2i2BdvZGxNKn77_dg4krS2-2ghJi7CpmjKJl20fU9V-ecXlIzqc5Lc0h_KjyzWvX5PHP5eGkUSJ76Onvvl79tSnQ96-a6BrhIMEDbHkZ1sStUvQw33UU11I/s1600/13.jpg
sumber : Internet






Pembelajaran aktif (active learning) dimaksudkan untuk mengoptimumkan  penggunakan semua kemahiran dan kebolehan yang ada dalam diri pelajar agar pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan. Ia juga merujuk kepada kepelbagaian aktiviti yang dibangunkan dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber untuk dibincangkan didalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, agar pelajar mendapat berbagai pengalaman, pengetahuan baru dan sebagainya.



PEMBELAJARAN INTERAKTIF



enlarged picture of main pin image
sumber : Internet
 

Manakala, pembelajaran interaktif pula memerlukan pelajar bertidan lebih aktif bukan sahaja dari sudut memerhati, mendengar, melihat, tetapi ia lebih kepada komunikasi menggunakan alat bantu mengajar secara aktif bersama pelajar dan guru. Ia membantu pelajar untuk berfikiran lebih kritikal (HOTS - high Order Level Thinking) untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan dengan lebih efektif dan berkesan.


Terima kasih =)

No comments:

Post a Comment