Thursday

Refleksi Minggu 10 : Perbandingan Kurikulum

Kurikulum merupakan satu gagasan dan juga penyusunan berkaitan dengan isi dan bahan pengajaran dan pembelajaran. kurikulum terutama kurikulum di malaysia harus dipertingkatkan agar mampu bersaing dengan kurikulum di negara maju. perbandingan kurikulum dijalankan dengan mengutamakan perbezaan dalam kemampuan tahap pelajar, minat pelajar, latar belakang pelajar dan lain-lain. Setiap aspek harus dititikberatkan seperti pengubahsuaian, perubahan penyesuaian, dan beberapa aspek hasil daripada kesinambungan kurikulum sebelumnya.
Perbandingan kurikulum dilakukan untuk  menyelaraskan semua pelajar kearah pelajar yang berteraskan falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pelaksanaan baharu haruslah disokong segenap masyarakat bagi memastikan ia berubah secara lebih efektif dan berkesan.

Refleksi Minggu 3 : Proses pembangunan Kurikulum

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Pada minggu ini kami telah mempelajari tenntang Proses Pembangunan kurikulum. Sebelum itu, saya akan menerangkan sedikit definisi atau penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan Pembangunan kurikulum.

PEMBANGUNAN KURIKULUM


https://tse2.mm.bing.net/th?id=OIP.JwsLvpeGNAjt5ZQNLGe7MwHaD0&pid=15.1&P=0&w=310&h=161
sumber : Internet
pembangunan kurikulum merupakan satu proses perancangan, pelaksanaan, dan penilaian-penilaian peluang-peluang pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan pelajar menghasilkan perubahan selaras dengan keperluan dan kehendaknya. 

PROSES PEMBANGUNAN KURIKULUM .
disini saya sertakan beberapa sumber bahan bacaan bagi proses pembangunan kurikulum.

1. https://thesecondprinciple.com/instructional-design/instructional-design-process/
2. https://www.slideshare.net/DianneCarmelaDelacruz/curriculum-development-processes-and-models

Sumber Youtube
1. https://www.youtube.com/watch?v=cbufVnVtuGo

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

.

Refleksi minggu 5 : Analisis pengajaran

assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami telah didedahkan dengan satu kaedah pengajaran melalui analisis Pengajaran (instructional analysis)

 Analisis Pengajaran (Model ADDIE)
1.https://www.youtube.com/watch?v=JZdv5lrJs4U 

Jenis Analsisi Pengajaran
2. https://www.youtube.com/watch?v=wj9xvXndeBs 

Kenapa Analisis pengajaran
3. https://www.youtube.com/watch?v=DbnoF6dDfq0

Wednesday

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

sumber : Internet



Apa Yang Dimaksudkan dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)?

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.  Burden dan Byrd (1999) menyatakan bahawa perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar. Manakala menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.

Apa Tujuan RPH dibangunkan?
Antar tujuan rancangan pengajaran harian dibangunkan adalah untuk  menjamin pencapaian objektif terlaksana secara keseluruhannya dan juga untuk meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Terdapat beberapa sumber yang saya kenalpasti daripada internet bagi membantu kita untuk lebih memahami tentang Rancangan Pengajaran Harian ini. 

1. https://www.education.com/lesson-plans/
2. https://www.teachervision.com/lesson-plans
3. https://cte.smu.edu.sg/approach-teaching/integrated-design/lesson-planning


Refleksi Minggu 9: Pedadogi Dan Pembelajaran Masa Kini

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ini kami telah mempelajari tentang pedagogi dan pembelajaran masa kini. Mari sama-sama kita lihat dan fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan pedagogi dan pembelajaran masa kini.  

 PEDAGOGI

Image result for pedagogi
sumber : Internet

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Manakala, Pembelajaran masa kini merangkumi 2 aspek iaitu Pembelajaran aktif dan pembelajaran interaktif.


PEMBELAJARAN AKTIF 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAfHhRMtQZh7s0_htz60GZ2i2BdvZGxNKn77_dg4krS2-2ghJi7CpmjKJl20fU9V-ecXlIzqc5Lc0h_KjyzWvX5PHP5eGkUSJ76Onvvl79tSnQ96-a6BrhIMEDbHkZ1sStUvQw33UU11I/s1600/13.jpg
sumber : Internet






Pembelajaran aktif (active learning) dimaksudkan untuk mengoptimumkan  penggunakan semua kemahiran dan kebolehan yang ada dalam diri pelajar agar pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan. Ia juga merujuk kepada kepelbagaian aktiviti yang dibangunkan dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber untuk dibincangkan didalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, agar pelajar mendapat berbagai pengalaman, pengetahuan baru dan sebagainya.



PEMBELAJARAN INTERAKTIF



enlarged picture of main pin image
sumber : Internet
 

Manakala, pembelajaran interaktif pula memerlukan pelajar bertidan lebih aktif bukan sahaja dari sudut memerhati, mendengar, melihat, tetapi ia lebih kepada komunikasi menggunakan alat bantu mengajar secara aktif bersama pelajar dan guru. Ia membantu pelajar untuk berfikiran lebih kritikal (HOTS - high Order Level Thinking) untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan dengan lebih efektif dan berkesan.


Terima kasih =)

Monday

PERKONGSIAN VIDEO MODEL KURIKULUM

 Slot ini saya komgsikan paparan video untuk lebih memahami tentang Model kurikulum yang kami pelajari di kelas.


1. Model Gagnes

- A fun and effective example of Gagne's 9 events of instruction.
(https://www.youtube.com/watch?v=Vpw7tWeHnXQ)

- simple introduction using Making Tea as example
(https://www.youtube.com/watch?v=rxPt75bU6rc)

2. Model Dick dan carey

- https://www.youtube.com/watch?v=n1I2Ocn4bTU
- https://www.youtube.com/watch?v=OKMcHm0hEOo

Refleksi Minggu 7 : Analisis Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini kembali lagi ke kuliah seperti biasa setelah bercuti selama seminggu. Cuti yang panjang tetapi terasa singkat. hehehe. Minggu ini kami belajar tentang Analisis kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran. Apa yang dimaksudkan dengan kurikulum? Lets seeee.





Image result for analisis kurikulum



sumber : Internet





Kurikulum adalah satu rancangan pendidikan yang mana ia sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan pendidikan seantero dunia. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan Kebangsaan yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan khususnya.

Menurut Kamaruddin Haji Hussin, (1994), beliau menyatakan bahawa Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara

Melalui pembacaan saya berkaitan dengan kurikulum, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi Pembentukan, perkembangan dan perubahan kurikulum. Antaranya ialah :
  • Falsafah pendidikan
  • Faktor Politik
  • Faktor pembangunan negara dan Perkembangan dunia
  • Faktur perubahan sosial
  • Faktor Perancangan dan pelaksana kurikulum
  • Faktor Murid, Kehendak dan keperluan masyarakat
  • Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya.
  • Pengaruh psikologi pendidikan

terima kasiihhh =)